SEJARAH KAMPUNG BINGKOR , KENINGAU SABAH












Nama & Sejarah Kampung Bingkor
Kampung Bingkor baru di wujudkan sejak tahun 1933. Kampong bingkor yang terletak kira-kira 10km dari Bandar keningau. Didiami oleh sukuan dusun kwjau atau kujau salah satu rumpun masyarakat kadazan dusun di negeri sabah. Kesan daripada berlakunya penghijaraan, amalan budaya, perkahwinan, perkongsian amalan, kepercayaan dan adat telah menyebabkan lahirnya perbezaan dialek serta terdapatnya kesamaan adat dan budaya dari sukuan kadazan dusun yang terdapat di daerah-daerah lain di negeri sabah.
Masyarakat dusun kwujau atau kujau yang mendiami kawasan banjaran krooker pada asalanya ini adalah satu bangsa yang “bengis” dalam erti kata lain, satu bangsa yang diiktiraf sebagai bangsa yang kuat dan berani. Sukuan dusun kwujau ini juga dikenali sebagai bangsa “pemotong kepala”. Bilangan kepala yang diperolehi oleh seseorang pahlawan melambangkan kekuatan, kegagahan, kepewiraan dan kekuasaanya.
Kewujudan perkampungan Bingkor yang di diami oleh sukuan kwujau ini dikatakan telah wujud sejak berates tahun dahulu. Di katakan pada awal penubuhan Kampong Bingkor baru hanya terdapat tiga buah rumah dari tiga keluarga. Kampung Bingkor baru di asaskan oleh OKK Sodomon Bin OKK Gunsanad.
Bingkor menurut En. Benson Sabiah, berasal daripada perkataan dusun gana “Pinguku” iaitu gabungan dua perkataan yang membawa maksud “pingu” pancung dan “ku” saya. Makalah lahirlah perkataan “pinguku” atau di kenali sebagai “pingku”. Namun sebutan orang-orang british ketika itu yang menyebut “pingku’ menjadi BINGKOR. Menjadikan nama itu kekal sehingga ke hari ini.
Menurut sejarah pembukaan awal Kampung Bingkor, penduduk awal yang mendiami kawasan ini adalah golongan petani yang menanam padi huma yang tinggal di atas bukit banjaran Crooker Kimanis Papar dikatakan pada suatu musim petempatan mereka menjadi kering kontang akibat kemarau yang panjang. Semua tanaman mereka menjadi kering dan layu. Oleh hal yang demikian penduduk telah bersepakat untuk menuruni bukit dan berpindah di bahagian lembah yang mudah untuk mendapatkan bekalan air. Pendapat lain, ada juga mengatakan bingkor berasal dari perkataan “Bingkoi” bahasa sukuan gana yang membawa maksud tempat memotong kepala dan versi lain ada juga mengatakan Bingkor berasal daripada perkataan PENGUKURAN (parut kelapa) dalam bahasa Kuruyau (Kwujau) yang berasal dari Kampung Bandukan Lama.

Comments